Jata Negara Kementerian Pertahanan Malaysia KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

PEMBANGUNAN DASAR INDUSTRI PERTAHANAN NEGARA (DIPN)

Pandangan dan Cadangan


Selamat datang ke portal Libat Urus Awam Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN). Portal ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengumpul maklumat dan cadangan berkaitan Dasar Industri Pertahanan Negara daripada masyarakat umum, pemain industri pertahanan, akademia, pakar dalam bidang pertahanan dan pihak berkepentingan lain.

Input yang diterima melalui portal ini akan membantu pihak Kementerian untuk merangka dasar yang lebih komprehensif dan relevan bagi memajukan industri pertahanan negara dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.

Rangka utama pembangunan dasar ini berfokuskan kepada 5 kerangka berikut:

1. Pencapaian Kekayaan Melalui Pertumbuhan Industri Pertahanan

2. Sinergi Rantaian Bekalan Industri Pertahanan Tempatan

3. Pendorong Perubahan/ Game Changer

4. Transformasi Teknologi

5. Tadbir Urus yang Baik